Assalamualaikum dan salam sejahtera,pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blogspot
saya dan sudi meluangkan masa untuk membaca atau mengkaji topic yang saya akan kongsikan pada anda semua...
Di laman kali ini,mari kita semua bersama membincangkan topic yang terdapat didalam buku teks sains tahun6(KSSR) iaitu "Haiwan yang telah pupus" dan"Haiwan dan tumbuhab yang diancam kepupusan".
Haiwan yang telah pupus atau kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan di bumi ini.Kita hanya boleh mengetahui kewujudan haiwan tersebut melalui penemuan fosil,sejarah dan kaji selidik dan penyelidikan.
Haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan pula ialah kadar bilangan haiwan dan tumbuhan ini yang semakin berkurangan tanpa henti dan juga mengikut kajian,haiwan dan tumbuhan ini dikhuatiri akan pupus tidak lama lagi...Haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan ini juga disebut atau lebih dikenali sebagai Spesies yang terancam
Senarai dan Contoh Haiwan Yang Telah Pupus
- T-rex(Dinasour)
- Burung Dodo
- Quagga
- Mamot
- Harimau bertaring lengkung
Senarai dan Contoh Haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan
Haiwan
- Gajah
- Badak sumbu
- Tapir
- Panda
- Harimau
- Tenggiling
- Orang Utan
- Koala
- Gorila
- Penyu
- Dugong
- Beruang kutub
Tumbuhan
- Refflesia
- Periuk kera
- Orkid selipar
- Anggerik merpati
- Kacip fatimah
- Pokok cengal
- Pokok keruing
- Pokok meranti
Selain itu,mari juga kita bincangkan tentang penyebab mengapa dan bagaimana fenomena ini boleh terjadi...Mengikut kajian,antar penyebab utama perkara ini terjadi kerana Bencana Alam seperti banjir,gempa bumi dan sebagainya yang banyak menyebabkan haiwan dan tumbuhan mati.Selain itu,pembalakan yang berleluasa, pemburuan haram dan penerokaan kawasan hutan juga antara punca utama seperti manusia yang meneroka hutan dan menyebabkan habitat haiwan musnah dan memburu haiwan untuk mendapatkan daging sebagai sumber makanan dan gading,bulu,kulit,tanduk dan sumbu sebagai perhiasan.
Kesimpulannya,kita haruslah saling bersikap rasional dan kasih sayang terhadap haiwan dan kita sebagai manusia haruslah berusaha memastikan kehidupan sesuatu haiwan berkekalan dan tidak mengalami kepupusan untuk generasi akan datang...
Sekian,terima kasih.....